Thursday, 20 September 2012

Segalanya.....

Assalamualaikum.

Dah lama tak buka blog ni.Malas campur nak periksa menjadi punca utama
blog ini sudah lama ditinggalkan.Sebenarnya banyak benda nak diletak kat
blog ni.Sebagai contoh gambar hari raya.tapi Cable penyambung memory card
rosak.Macam-macam berlaku sejak akhir2 ni .

Oppa Gangnam Style telah menjadi trend di serata dunia kerana keunikan tarian kuda  yang dicipta oleh penyanyinya,PSY.Videonya telah ditonton oleh masyarakat dunia dengan bilangan yang sangat BESAR!



Filem Innocence Of Muslims telah membangkitkan kemarahan umat Islam di
seluruh dunia.Banyak negara telah membuat Tunjuk perasaan di kedutaan AS.
Apakah kebaikan yang mereka peroleh daripada filem itu?
Ianya hanya membangkitkan kemarahan orang Islam.
Adakah kita mempersenda agama mereka?Jadi kenapa mereka  membuat filem tersebut?
Video filem tersebut telah disekat.

Shila Amzah telah mengharumkan nama negara dengan berjaya memenangi
pertandingan Asian Wave..




                                                         
                                                  Shila Amzah ketika menerima hadiah.      
                                                      
Euro 2012 juga telah menutup tirai dengan juara bertahan,Sepanyol berjaya
mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan Itali 4-0.



Itu sahaja setakat ini.Takde idea nak menulis.
Jika ada salah silap,maafkan saya.Jika ada typo,itu kebiasaan.
Jika tak faham,buat2 faham.LOL!


Sharing is caring ^_^

Tuesday, 24 July 2012

Puasa!!!!

Puasa.......

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!
Amacam puasa?saya macam biasalah puasa setiap hari.
Anda tau apa itu puasa?kalau tak tau meh saya tunjukkan maksud puasa:::::


Puasa dalam segi bahasa ialah menahan diri,Manakala dari segi istilah
syara' ialah menahan diri daripada melakukan perkara yg membatalkan 
puasa dari matahari terbit hingga terbenam matahari yang disertakan 
dengan niat.                                       (Sumber: Pendidikan islam tingkatan 2)


Banyak kenangan sebenarnya dalam bulan puasa sebelum ni tapi dah lupe.
Lepas berbuka,saya selalunya lepak dulu kat rumah bagi perut ni relax lepas
makan banyak.Masa isya' saya pun pergi masjid solat isya' dan terus solat terawih.
Selalunya saya terawih 20-15+3 jadi berapa kiralah sendiri.

Masa puasa memang wajib pergi bazaar ramadhan.
Kat bazaar memang macam2 ada sebab tu ramai orang kat situ.
Orang malas nak masak ke,baru balik kerja ke pergilah kat bazaar.
Bazaar juga kata orang lelaki peluang untuk mencari awek.*Bukan saya yg kata*
Bazaar bukan ada makanan je,ada jugak orang jual mercun.Tapi mercun pop je..
Cerita pasal mercun,masa bulan puasa ni lah orang sebok mencari mercun.
Sebenarnya mercun ni bahaya *Kita yang tulis ni siap main meriam lagi,ada hati 
nak nasihat orang*.Kalau main bunga api takpelah.

Sampai di sini saja penulisan blog saya.Jika ada sebarang masalah berhubung post ini,
sila hubungi 012-3456789.tipu je.HAHAHA


Tips bulan puasa:Minumlah Horlicks semasa sahur!!Ia akan memberikan tenaga
                            kepada kita




Sharing is caring ^_^

Friday, 6 July 2012

Saya dan Zayn..

                      
pahal ngan Zayn malik ni?
assalamualaikum semua!!
dah lama tak buka blog sebab takde idea nk tulis
sebenarnya post ni ade kene mengena ngan gambar di atas

serba sedikit hubungan saya ngan zayn:-
zayn dengan saya ni like mmm..camana ye nk cakap
kiteorang ni macam adik beradik walaupun jarak diantara umur kami sangat jauh.
sekarang ni zayn dah tak kenal saya disebabkan satu insiden ini..

saya ingat lagi masa kali terakhir saya berjumpa dengan zayn...

saya:wei,boleh tak aq masuk team korang?
zayn:ko buat lawak ke?
saya:serious ni.aq nk jadi popular jugak.
zayn:mmm..try ko nyanyi.kalau sedap,ko join team kiteorang..amacam,ok?
saya:bereh boss!ko nak aq nyanyi lagu ape?
zayn:mmmm...lagu WHAT MAKES YOU BEAUTIFUL.
saya:ehemmm..testing testing one,two,three..tet tenet you (memandang zayn)oi pahal ko macam ni?

zayn terus jadi seperti gambar di bawah ini

sejak itu,saya tidak lagi berjumpa dengan si dia

kalau zayn tak jadi macam ni dah lama aq jadi popular.
yang dulu biarkan sahaja,sekarang ni aq teruskan kerjayaku yg lebih baik*walaupun tak sepopular dia*

*semat kan :)*

sekarang ramai dah terikut gaya one direction termasuk abang2 kat atas ni

Ok sampai di sini sahaja.Assalamualaikum!

cerita di atas sedikit menipu dan sedikit keling.Jadi,anda dinasihatkan
membaca post ini dengan india.LOL!

Sharing is caring ^_^

Wednesday, 20 June 2012

Keputusan Peperiksaan yang Menyeramkan

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

Macam mana dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun korang???
Saya ni dah berusaha dapat pon yang "TERBAIK"lah (tangan di bahu mata ke atas)
Habis lah kali ni kene bantai habis dengan my dady...Seram tu!
Takpe,kita dah bagi yang terbaik cuma ALLAH yang menentukan segalanya.
Gagal sekali bukan gagal selamanya..Betul tak?macam penceramah bebas pulak aku ni.
Yang dapat teruk tu jangan sedih,akhir tahun ni penentu kelas kita.


Akhir kata,jangan mudah berputus asa..kbye :)



                                        ni lah tangan di bahu mata ke atas..
                 

                                       comel ke?aku tengok teruk bebeno.
                                                kita bako je budak ni

Sharing is caring ^_^

Monday, 11 June 2012

Loo Jo Yee, seorang muallaf muda.

                                               
   Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
             

Sharing is caring ^_^

Sunday, 10 June 2012

Cuti sekolah

Assalamualaikum semua,seronok cuti?
Dah siap ke kerja rumah yg cikgu bagi sebelum cuti tuu..

Pejam celik-pejam celik dah habiscuti sekolah.
korang gi mane bercuti?
Saye ni macam biasa lah bercuti kt rumah je.
kalau kluar pon sebab nk gi makan.

Minggu lepas la bercuti sikit kat Johor.
Itu pon sebab nk hantar kakak gi UiTM kat sana....

Walaupun tak ke mana,takpe sebab kiteorang(satu family) enjoy walaupun kt rumah....

Itu je yg saye nk kongsikan pada minggu ni(mungkin post ni untuk bulan ni)..
I hope you all enjoy:)

Wassalam....
Sharing is caring ^_^

Tuesday, 8 May 2012

f50 idamanku

f50 baru bhai!!!
kalau dapat nie mmang sujud syukur depan kedai tu jugak
tapi malangnye X akan dapat
kalau dapat pon dah X pakai dah orang
moga2 dapat kasut nie
kbye:))))
Sharing is caring ^_^

SMK18 HEBATT!!!!

inilah lambang sekolahku yang lagi hebat dan hebat!!!
harap SMK18 dapat meneruskan kejayaan yang hebat!!

Sharing is caring ^_^

prekse

Bahasa Arab
menyusahkan betoi
dalam prekse ntah dapat A+ ke X
BTW doakan saya berjaya dalam prekse ok :)
Sharing is caring ^_^

Saturday, 5 May 2012

LIVERPOOL & CHELSEA

malam ni Xleh miss............
Chelsea VS LIVERPOOL
HARAP LIVERPOOL MENANG !!!!!!
YEAHHH!!!
Sharing is caring ^_^

akhirnya

akhirnya........
setelah lama menunggu
dapat jugak tuka background blog...........
 bagus lah begitu
Sharing is caring ^_^

Copyright© All Rights Reserved harithhushaini.blogspot.com