Dah lama tak buka blog ni.Malas campur nak periksa menjadi punca utama
blog ini sudah lama ditinggalkan.Sebenarnya banyak benda nak diletak kat
blog ni.Sebagai contoh gambar hari raya.tapi Cable penyambung memory card
rosak.Macam-macam berlaku sejak akhir2 ni .
Oppa Gangnam Style telah menjadi trend di serata dunia kerana keunikan tarian kuda yang dicipta oleh penyanyinya,PSY.Videonya telah ditonton oleh masyarakat dunia dengan bilangan yang sangat BESAR!
Filem Innocence Of Muslims telah membangkitkan kemarahan umat Islam di
seluruh dunia.Banyak negara telah membuat Tunjuk perasaan di kedutaan AS.
Apakah kebaikan yang mereka peroleh daripada filem itu?
Ianya hanya membangkitkan kemarahan orang Islam.
Adakah kita mempersenda agama mereka?Jadi kenapa mereka membuat filem tersebut?
Video filem tersebut telah disekat.
Shila Amzah telah mengharumkan nama negara dengan berjaya memenangi
pertandingan Asian Wave..
Shila Amzah ketika menerima hadiah.
Euro 2012 juga telah menutup tirai dengan juara bertahan,Sepanyol berjaya
mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan Itali 4-0.
Itu sahaja setakat ini.Takde idea nak menulis.
Jika ada salah silap,maafkan saya.Jika ada typo,itu kebiasaan.
Jika tak faham,buat2 faham.LOL!


No comments:
Post a Comment