Tuesday, 24 July 2012

Puasa!!!!

Puasa.......

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!
Amacam puasa?saya macam biasalah puasa setiap hari.
Anda tau apa itu puasa?kalau tak tau meh saya tunjukkan maksud puasa:::::


Puasa dalam segi bahasa ialah menahan diri,Manakala dari segi istilah
syara' ialah menahan diri daripada melakukan perkara yg membatalkan 
puasa dari matahari terbit hingga terbenam matahari yang disertakan 
dengan niat.                                       (Sumber: Pendidikan islam tingkatan 2)


Banyak kenangan sebenarnya dalam bulan puasa sebelum ni tapi dah lupe.
Lepas berbuka,saya selalunya lepak dulu kat rumah bagi perut ni relax lepas
makan banyak.Masa isya' saya pun pergi masjid solat isya' dan terus solat terawih.
Selalunya saya terawih 20-15+3 jadi berapa kiralah sendiri.

Masa puasa memang wajib pergi bazaar ramadhan.
Kat bazaar memang macam2 ada sebab tu ramai orang kat situ.
Orang malas nak masak ke,baru balik kerja ke pergilah kat bazaar.
Bazaar juga kata orang lelaki peluang untuk mencari awek.*Bukan saya yg kata*
Bazaar bukan ada makanan je,ada jugak orang jual mercun.Tapi mercun pop je..
Cerita pasal mercun,masa bulan puasa ni lah orang sebok mencari mercun.
Sebenarnya mercun ni bahaya *Kita yang tulis ni siap main meriam lagi,ada hati 
nak nasihat orang*.Kalau main bunga api takpelah.

Sampai di sini saja penulisan blog saya.Jika ada sebarang masalah berhubung post ini,
sila hubungi 012-3456789.tipu je.HAHAHA


Tips bulan puasa:Minumlah Horlicks semasa sahur!!Ia akan memberikan tenaga
                            kepada kita




Sharing is caring ^_^

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved harithhushaini.blogspot.com